1st post = pembukaan blog nie..alang2 tu nk kongsi sket psal surah al-fatihah yg mksdnye pembukaan.. (^-^)v
سورة الفاتحة
Surah Al-Fatihah
Surat ini disebut
Al Faatihah (Pembukaan), karena dengan surat inilah merupakan surah pertaman yg menjadi permulaan Al Quran. Dinamakan
Ummul Quran (induk Al Quran) atau
Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.
( بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1
1. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( اْلحَمْدُ لّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ( 2
2. Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara
semesta 'alam.
( الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3
3. Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4
4. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.
( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5
5. Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan.
( اهدِنَا الصِّرَا َ ط اُلمستَقِيمَ ( 6
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.
( صِرَا َ ط الَّذِينَ َأنعَمتَ عََليهِمْ َ غيرِ اَلمغضُوبِ عََليهِمْ وَ َ لا الضَّالِّينَ ( 7
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas
mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Al-Fatihah adalah pembuka. Pembuka sebuah kitab yang Maha Agung. Pembuka pintu kebenaran. Pembuka hidangan minda dan perasaan. Pembuka segala rahsia alam yang tersimpan. Pembukan segala bentuk penzahiran. Pembuka segala tugas dan tanggungjawab.
Al-Fatihah pembuka hati yang kebingungan. Hati yang dahaga cahaya keimanan. Al-Fatihah hadir dengan siraman yang menyegarkan. Siraman pengenalan mengengai Tuhan yang menyuburkan erti penghambaan diri.
Al-Fatihah pembuka hati yang terluka. Hati yang lara tersiksa mengharapkan kasih dan belaian. Al-Fatihah hadir membawa penawar. Menyemai harap kepada suatu yang nyata bukan sekedar kata.
Al-Fatihah pengawas kaki yang melangkah. Memperhatikan segala gerak agar sentiasa berada di atas landasan. Hati terpaut ingin takbur, Al-Fatihah hadir mengingatkan bahawa semua ini karunia Tuhan. Bersyukur adalah kewajipan bukan malah takbur sebagai balasan kepada nikmat Tuhan!
Al-Fatihah memperlihatkan apa yang kabur dari pandangan. Ketika kita sangat berghairah dengan kehidupan. Menikmati segala kemewahan dan anugerah Tuhan. Sekali lagi Al-Fatihah hadir memperlihatkan akhir sebuah perjalanan. Kematian. Pembalasan.
Al-Fatihah memperlihatkan titik akhir perjalanan ini agar kehadiran saat itu tidak mengejutkan dan tidak pula mengecewakan.
Al-Fatihah begitu istimewa untuk mampu digambarkan dengan ukiran kata seorang manusia yang teramat lemah. Al-Fatihah adalah umpama sinopsis bagi sebuah drama atau teater yg biasanya cuba memperlihatkan secara menyeluruh kandungan drama atau teater yang bakal dipersembahkan.
Begitu halnya dengan Al-Fatihah, ia menyentuh segala aspek yang bakal dibicarakan Kitab Agung Al-Quran. Jika Al-Quran merupakan penawar maka ibu penawar itu adalah Al-Fatihah.
Maha Suci Allah yang mensyariatkan Al-Fatihah dalam setiap rakaat solat. Setiap ayat dari Al-Quran yang dibacakan dalam solat setelah bacaan Al-Fatihah memiliki keterkaitan yang erat dengan isi kandungan Al-Fatihah. Betapa beruntungnya umat Islam yang dikaruniakan sebuah surah yang cukup pendek dan cukup mudah dihafal tetapi mampu menghantar setiap pembacanya kepada lautan ilmu yang sungguh luas. Setiap kali kita membacakan Al-Fatihah, setiap kali itu kita akan mendapat makna dan pengajaran yang begitu luas. =)